Click Here

Eternal Love

Daisypath Anniversary tickers

July 29, 2011

I Gotta Feeling....

assalamualaikum...Salam Jumaat my dear darlings..Confirm semua stress tengok bola malam tadi,kan..Samalah kiteeeee...Stress,tension,nervous..semua ada...Sampai tak lalu makan nasik goreng bagai...

Tak apa,bola itu bulat..Bukan rezeki kita..It doesn't matter..the end result..its the effort we put in along the way...Apa2 pon,saya sayanggg Khairul Fahmi Che Mat..Huhuhu..Tiba-tiba..Actually sayang dari tahun lepas lagi..now makin sayang :P Congrats Tigers...:)

Diam tak diam,kita dah nak masuk bulan Ramadhan Al-Kareem kan..Then raya,then masuk new year..adoi,kejap aja setahun berlalu kan..pejam celik,dah nak ambik UPSR dah anak haku...:)

I can't wait for Ramadhan..bulan keberkatan,di mana ada malam lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan..Semoga kita semua mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menjadi Muslimin dan Muslimah yang lebih baik..

However,I can't escaped from this feelings I'm having...My 1st Ramadhan without him..Our 1st Ramadhan tanpa dia..sadis jugak rasanya...And..yang paling sadis is his birthday is on the 21st August...Tak sanggup rasanya nak tempuh hari tuh..

Adik ipar tersayang saya kata suruh makan ubat batuk sebotol,tido sepanjang hari on the 21st tuh,boleh??Takyah bangun the whole day so that I takyah rasa sedih.. How I wished I could do that..Semoga me and Kyra tabah sepanjang Ramadhan ini...

Haku tak sanggup pikir tahun nie tak dapat salam dia,cium tangan dia pastuh menangis macam nak rak mintak hampun,maklumlah banyak dosaaaaaaaa....Huwwaaaaaaaaaa.. Pedih...pedih....

Cuma satu harapan I,dia datang visit us masa Ramadhan nanti..Ya Allah kasihanilah kekasihku itu,tempatkanlah rohnya di kalangan golongan kanan yang dikasihiMu..Amin...

P/S:Rindu nak makan sahur dengan dia.Dia suka masak Nasi Rendang for me....Huwwaaa lagi!



 Salam Ramadhan Al-Mubarak To All My Darling Readers!

July 28, 2011

Baru Ku Tahu.....

assalamualaikum..salam Khamis everyone yang comel...TGIF again tomorrow! Yeah..yeah..Lompat Bintang....rollover...hahahaha..Saturday ni ada lunch date dengan girlfriends...Blogger friends..yang selama ni dok ber hai-hai aja..tak pernah jumpa..nervous weh,1st time tuh nak berkenalan...:)

Ok,sempena esok hari Jumaat yang mulia,jomlah kita cerita-ceriti perkara yang berfaedah sikit..Kesnya macam ni...dulu kan,time zaman jahiliah I, I selalu rasa yang there's always time to repent semua..tak pernah fikir pon tup tap tengah relax2 kalau tuhan cabut nyawa cemana,kan...iskh,masa tuh sesal pon dah tak guna..

Nie,nak share something dengan you all...Korang baca la cerita nie,mesti korang terkejut punya...Ni kisah benar la ikutnya..yang terjadi pada seorang yang bergelar.......




:








:










:










:






Stewardess or Pramugari..






Bacalah yer..mesti rasa sangat serammmmmm apa yang jadi kat that stewardess...


Kesimpulannya dulu masa belum pakai tudung I thought that sekali lelaki bukan Muhrim tengok aurat I,dapat 1 dosa..so,masa tuh buat derk aja sebab rasa sikit jer dosa.. Dalam hati,takpe,nanti-nanti boleh taubat..iskh...ala,berapa sangat laki yang tengok kan?

Rupa-rupanya..bukan kira macam tuh...tengok apa pramugari tu pesan kat bawah ni:-


Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

Erk,I start period umur 12 tahun...tak pakai tudung from there till 31 years old..Berapa tahun tu? 19 tahun tuh...Kat kepala kita manusia nie,average tau ada berapa helai rambut? 100,000..Gila! Banyaktuh 100,000... helai rambut..Kalau sehari keluar rumah jumpa busuk-busuk pon 10 lelaki..kali dengan 100,000...sehari dosa haku dah...



1 JUTA WEI...Tu SEHARI..and tu just jumpa 10 LELAKI AJA...KALIKAN DENGAN 19 TAHUN=19 JUTA?? Hadoi..pedihnya...


Kalau haku pergi pasar malam ker,konsert ke,naik Flights ker shopping complex ker,confirm jumpa at least 100 lelaki sekali jalan kan.......

Kalau sehari jer dah banyak tuh dosa....Boleh ke compensate dengan segala pahala aku hari tuh?solat aku tuh confirm ker sempurna dan diterima? Kotla aku ada mengumpat pulak hari tuh..

ADOI,BERATUS RIBU LEMON DAH DOSA HAKU..Manalah agaknya tempat aku nanti..Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan aku,atas kekhilafan dan keterlupaan aku selama ini..:(

Korang yang baca cerita tuh kan...apa pendapat korang?Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.
Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."
Itu dah terlambat.



Sumber dari iLuvislam.com


Serius haku baru tau menda nie,kalau tau lama,maybe tak dragged lama sangat baru nak berubah..uhukuhukuhukhuk..Kita tak tau ajal maut kita bila dan di mana..Katalah sebelum sempat nak bertaubat,kita dah dijemputNya..Macamana kita??Semoga fellow bloggers mendapat manfaat dari artikel yang di share hari ini..Amin..

July 27, 2011

Seth Jugak!

assalamualaikum...A hectic day today walaupun baru pukul 10.35am..Segala macam masalah time pagi nie ha..But,malas nak take it seriously..Apa haku buat?Makan Chocolate dates manyak2 kasik hilang stress..hahahaha...hadoila!

Ni nak citer pasal Seth nie..Bukan Seth Tan wei...haku stuck kat episode 13 tak gerak2 dah...Nak tengok,but time tak mengizinkan...Apa agaknya 1 movie or story ke or drama ke yang korang tengok banyak2 kali still rasa sadis jugak?Means tengok seploh kali pon boley nangis? Or tinggalkan kesan yang sangat mendalam pada korang?

I have some..One of is is P.S I love you la..Then Armageddon and Runaway Bride..Cheh,semua movie yang tengok dengan dia..But this one movie I watched just a year before I met him...Sadisla jugak citer nie for me..Mehla korang layan I nak share nie..

Ok,this story is about an Angel la...Kiranya dia nie malaikat la dalam citer nie..Nama dia Seth..Seth jugakkkkkkk!! So,kira dia nie Immortal la kan...Dia nie observe la kehidupan manusia everyday..Then,one day,dia duduk kat hospital,then he saw this Heart surgeon yang failed to save one of his patient..Mestilah aweks kan surgeon nie.

Then,surgeon nie rasa depressed as she is sure that patient can be saved but apparently dying with no reason.Then,si seth yag angel nie pon bila he got to know Maggie,heart surgeon tu,and he tried to help her overcome her frustration..dia pon fall in love la lelama kan...

Maggie pulak rasa intrigued and captivated by Seth, but as their passion for each other deepens, dia questions the sanity of loving this perfect man with no past, a man who challenges her most closely held beliefs about the place of faith in her life. So,si Maggie ni jadik confused, frightened, angry and bewildered by her vulnerability to Seth ­but beyond all of those emotions, she falls more deeply in love with him than she ever believed possible.

Then,si Seth nie pon serba salah la sebab dia kan immortal,so He asked to be mortal la,like human being sebab he wants to be with Maggie kan..Haper kes bila Maggie tua and mati,dia hidup tak mati-mati..kan? So,dia pon naik atas bangunan paling tinggi and killed himself so that he can be mortal,manusia biasa and be with her beloved.

Dia berkorban la jadik manusia biasa and bukan angel lagi sebab he loves her too much..Tapi..tapi..















iskh...


























Part Sadis..












Boleh pulak time Maggie keluar,cycling..tiba-tiba...
















































Dia kena langgar..and DIED!!!!!!!!!!!!!!






Haru ke tak?Dah la si Seth baru jadik manusia biasa,hilang dah semua power dia as angel..si Maggie pulak mati..




So,kesimpulannya cinta tak kesampaian!





Ok,kalau nak tau citer apa nie,Nama dia City Of Angel..Seth tu Nicholas Cage and Maggie played by Meg Ryan.Best,tapi sadis..haku nangis banyak kali!!!



Korang cemana?Apa cerita paling sadis korang pernah tengok or baca?Btw,Lagenda Budak Setan pon sadis jugak kan..I mean the novel! Owh2,ke kisah cinta paling sadis is my own? :P

July 26, 2011

Kalau Masa Itu Emas Buat Kamu..

assalamulaikum...I had to gather my strength to write today's entry sebenarnya..I woke up ok this morning..tapi bila bukak FB,someone mention about his guitar...Argghh..terus sentap,ok?Sentap segala ulu hati,jantung,isi perut semua....Serta merta gila teringat kat dia..and his guitar...Cheh,padahal tiap waktu pon ingat dia aja...tak pernah pon tak ingat dia..Kalu haku cuba nak lupakan,Kyra pulak sebut..hadoilaaa....how la to go on when every single thing I do,remind me of him..dahla drive his car..Ni kira ok lagi,dah remove all his stuffs from my purse,kalau tak,IC,Visa Card,semua dalam purse haku..I've tried..so damn hard to forget,tapi,adoi..

Sebenarnya I wanna share something about a book I read yesterday..sorrylah sekarang post dah ke hala-hala akhirat sikit,sebabnya lepas benda tuh jadi,haku jadi takut..takut dengan segala macam dosa..takut dengan sakaratulmaut and hari pembalasan..

I know some of you..memang tak dan nak buat segala 1001 macam benda..Me too..Kadang sibuk-sibuk tetiba sedar-sedar aja dah malam...Bukan tak nak buat yang sunat-sunat tu macam witir,dhuha semua..masalahnya yang wajib pon kadang haku terbabas jugak..lewat solat la,kalau meeting..kadang Isya' kalau tak larat sangat,bangunlah pukul 5am tu solat isya'..sadis,kan...

As a Muslim,Kita memang dituntut untuk membaca Al-Quran kerana ia merupakan kalam Allah.Selain mendapat pahala yang banyak,rumah orang yang membaca Al-Quran juga dikunjungi oleh malaikat yang sama mendoakan kebajikan mereka yang membaca Al-Quran.

Terus terang,I don't read as much before...maybe because I was too busy and I took everything for granted..Dulu memang selalu aja letak dalam hati,ny 35 tahun nak bertaubat,nak pakai tudung semua..Tapi bila Dia diambil dari I secara tiba-tiba..I kalah..kalah dengan perasaan...ketika itu,semua berubah..Kalau Dia boleh pergi tanpa sebarang alamat atau kesakitan..I pon boleh juga...Serta merta insaf....mulalah memikirkan segalam macam dosa..dosa kecik,dosa besar..adoi....

Lepas tu barulah berjinak-jinak bukak Quran,selain yassin and ayat-ayat lazim,memang payah benar lidah nie nak menyebutnya..tapi alhamdulillah,bila dah baca selalu,I improved.....Ok,I know memang susah nak cari masa especially yang ada anak kecik,kan?Mana nak uruskan makan pakai laki,anak-anak semua..So,kalau dah tak sempat sangat,bacalah Surah Al-Ikhlas.Kenapa?

  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

Sumber dari iLuvislam.com


So,nampak dah kan kelebihan surah Al-Ikhlas?Walaupun surahnya pendek,khasiatnya sangat besar..Jika kita baca 3 kali seumpama kita baca keseluruhan Al-Quran..So,readers,wait no more..Jom kita amalkan :)



July 25, 2011

Bahagia atau Tidak?

assalamualaikum my fellow readers..Hope you had a fun and relaxing weekends...By the way,I worked both days..How sucks was that?But apart from extra exhaustion,I'm fine,alhamdulillah...Hope everybody is in working mood today...cheh,mood kerjalah sangatttttt kann...

I was thinking this morning..apa definition bahagia?Sebenarnya it is a subjective matter kot..depends on how you see it..Tapi,if you ask me,I rasa ramai yang definisi bahagia dia adalah di determine oleh orang lain..people around them...

Kenapa I said that?Contoh,husband and wife both kerja kilang..earn decent salary la,anak satu..pakai keta kancil..yelah,anak 1,kan..kira selesa lah..tapi datangla pulak member2 si isteri meracun minda,cakap.."Kau jalan jauh pakai kancil,tak sakit badan ke?","Selesa,ke?" "Suruhla laki kau belikan kereta besar sikit"..So,sedikit sebanyak kebahagiaan si isteri dan berkurangan dek mulut kengkawan dia..Padal all this while,dia happy jek naik kancil tu,janji ada kereta kan...

Example kedua,couple yang dah kawen 10 tahun,still belum ada anak..Of coursela anak penyeri rumah tangga,no doubt of that..But takda anak,bukan maknanya kita tak boleh bahagia..as long as kita redha sepenuhnya..Maybe couple tu tak kisah sangat...tapi bila ada mulut-mulut puaka mencucuk..cakap.."weh,kau tak takut ke laki kau carik lain?"..or "Eh,kau tak usaha ke cara lain?"...yang lagi puaka boleh pulak cakap.."Korang laki bini tak sunyi ke takde anak?"..Haisyioh...padahal couple tu bahagia jer selama nie honeymoon sana sini walaupun takda anak..kan...

Contoh akhir...katalah orang tu single...dia happy aja,hidop single..takda masalah,takde komitmen,biarpun umur dia dah tigaplohlimatahun..dia tak kisah pon..chill jer dia..tapi,ada pulak sedara mara,member member dok kalut tanya.."Eh,kau bila nak kawen?"..Takpun,"Kau taknak cari pengganti ker?"..cheh,nie macam cakap pasal diri sendiri jek...:P

So my dear friends,lantak pi lah orang nak kata apa,janji kita bahagia..Don't let anybody else determine your happiness..Bersyukur aja dengan apa yang ada..Weh,kalau nak pikir bahagia,I don't think I'll ever be without him..Our family is incomplete now..Tapinya,its not fair for Kyra kalau haku just bahagia kalau kami bertiga..sebab tu memang tak mungkin dah...

So,just be yourself..appreciate what is around you and make do with it..Bila kita sentiasa moderate dalam segala sesuatu,insya Allah bahagia itu milik kita..insya Allah...Kadang-kadang kita selalu fikir kenapa kita tak dapat apa yang kita ingini,tapi,kita tak pernah bersyukur bila kita dapat benda yang kita tak pernah minta,kan? Dia Maha Adil....Dia saja yang tahu apa yang terbaik buat kita...

So,to hell with perfection!




IMAGE GOOGLED



HAVE A HAPPY DAY DARLINGSSSSSSSSS!!!

July 22, 2011

I survived!

assalamualaikum..Salam Jumaat..sorry lambat update today..kekalutan yang amat..dengan ambik report card Kyra lagie...then kelam kabut drive to work..Macm nilah kalau dah diri nilah mama,diri nilah abah..Tau-tau balik malam dah penat dah,buat apa pon tak lalu.


Cerita kat sekolah Kyra:-

Teacher : Hi,I thought she's not coming today.

Me:Hi..Owh No..I brought her for breakfast since today is a non school day

Teacher: This is her result..I was surprise that she managed to get good grades and good number since she just came to school.I'm sorry to hear about your husband.

Me: Me too..I didn't expect her to do well..with everything going on.

Teacher: She was so brave...and her self confidence is very high.The other day..when everyone went out for recess..I looked back and I saw Kyra sat on her chair..I asked her why she didn't eat.She said..I'm fasting..for my dad. I almost cried,but I didn't cry in front of her.Then when I went to the teachers room,one teacher told me,she was an orphan..I just can't hold my tears..:( (Suara sebak)

Me:(Mata dah bergenang air mata dah)..relax meen be strong, girl..haku tahan gila Tapi mata berkaca arr But, Alhamdulillah, I managed to stay calm till the end...


Hadoila....haru sungguh...Balik tuh,belanja Kyra ice cream,then told her how proud I am of her..Happy dia...Kadang rasa kesian sangat bila tengok muka dia..banyaknya derita yang dia kena tanggung seawal umur ni....Dengan nak catch up studies lagi...But alhamdulillah,tuhan maha adil,Dia bagi kekuatan tu pada Kyra when I was weak....


Angel Of Mine..:)

July 21, 2011

Mabuk....

assalamualaikum...Happy Thursday my bella's...Siapa posa sunat or ganti?Angkat keyboard..Bagus....:) yes..esok Jumaat..tapi Saturday nie busylah pulak..keje weh sampai petang..haru sungguh,but next week,cutiiii..whoot..whoot..Dah nak posa..means dah nak Raya kan? :)

Gila,berapa tahun dah raya di perantauan..tahun nie?Lompat Bintanggggggggggg..Raya kat Malaysia!!Lalalalalala...Raya kat 2 places la..still balik my in laws house jugak,diorang musti nak tengok cucu,kan..and my kamponglah...adoi,gumuk la tahun nie nampaknya..sarat dengan segala ketupat rendang bagai..Harus puasa 6 haper...huhuhuhu

Semalam borak dengan my staffs..dia baru preggie..mabuk teruk..orang panggil morning sickness..Korang mabuk cemana?Teruk ke tak?Macam2 dengar cerita orang preggie..Ada my fren,mabuk till 7 months,ada my fren takleh masuk dapur langsung..ada my fren tido tepi toilet sebab minum air masak pon uwek..uwek..Yang sadis,ada my fren,alergik bau husband dia,dia kata kalau nampak husband dia dari jauh jek,dia rasa macam nak baling selipar..huiyoooooooooo..dasyat gila!Takut haku dengar...Macam2 peel orang preggie kan..


Korang ada buang tebiat apa-apa tak?I dulu masa preggie Kyra takda muntah langsung..mengidam nak makan rambutan dengan tat nenas jek..simple kan..senang laki I..





TAPI











TAPI KAN....



























Nak tau sapa yang hazab?










































My Husband!!!!!







Why? Sebab dia mabuk teruk..dia yang uwwek bagai dalam toilet..sampai haku tergelak guling-guling tengok..keji,kan?Patut sympathy..nie haku bantai gelak..Wei,kelakar ke tak,laki morning sickness?Kelakar kan?Dengan muka toya dok uwek2 dalam toilet..Tak cukup dengan uwek...dia buang tebiat pulak...


KORANG AGAK BUAT APA?















NI HA!



































DIA BUAT KEJE NIE LEPAS MELOYA..SAMBIL TENGOK TV!



























































Melantak mangga muda cecah kicap dengan garam....Hari-hari..:P .Hai yang,sapa yang pregnant nie..meen ke awak? Hadoila suami ku.....Bila pikir balik kekejian haku gelakkan dia..insaf wei...Yang haku pulak mulut jahat pegi cakap apa tau "Tak bestnya tak loya..tak dapat rasa morning sickness"..Dia marah aku..dia kata "Apelah meen nie,orang taknak morning sickness,dia pi mintak pulak..syukurlah yang, you tak kena..teruk tau..I dah rasa"..

Kesian dia...maybe sebab dia selalu sangat doa semua sakit I tuhan bagi kat dia..sebab tu dia pulak yang mabuk teruk...Thank you la sayang sebab sanggup ambik semua perit dengan sakit I..Nasib sakit beranak takleh transfer kan..Kalau tak,confirm dia nak tolong beranakkan...Hahahahaha..Ok,otak biol di pagi hari..Saja la nak buat korang happy :)

July 20, 2011

Kalau Dia CURANG??

assalamualaikum...jangan marah eh,tajuk agak bahaya di situ...But I'm still gonna write bout it jugak...Sebabnya banyak sungguh menda yang happened around me but I tak sempat nak blog bout it..Banyaknya pengalaman orang lain yang I kutip..So,maybe kita boleh sharing is caring kat sini kan...lalalalalala

Ok,Dia dalam konteks nie boleh jadi husband korang ke..boyfriend korang ke..I taktau nak komen sangat sebab belom ada pengalaman..cheh,belom...Nauzubillah...:P Harap-harap tak encounter this kinda problem la kan..

Ok,katakanlah....BF ke husband korang kan..kantoi in terms of:-


1.TENGAH DATING
Dia call cakap dia outstation ke atau balik lewat pasal meeting..So,terpaksalah korang naik bas ke,taxi ker tumpang kawan..Katernya dia takleh ambik..busyyyyyyyyyy...Pastuh tengah-tengah korang dalam taxi..tunggu traffic lights..nampak pulak dia tengah sedap-sedap suap pompuan lain makan Tutti Frutti ha..Hangen tak hangen??? Jawab.....

Reaction: 

a. Jerit kat pakcik taxi "Stop,pakcik"! Turun pastuh pergi serang dia...Kalau nak lagi best,ambik mangkok Tutti Frutti tuh,telangkop atas kepala pompuan tuh...Kejinya haku :P
lalalalalalala..

b.Buat-buat tak nampak and sedapkan hati sendiri..Mungkin minah siot yang dia suap-suap froyo tu sepupu adik sedara nenek angkat dia..:P

c.Lepak dulu..dalam hati.."Jap lagi balik,siap lah kau..Kalau tak tido luar,aku nak hangkut kain baju dengan anak-anak balik kampong"



2.KANTOI SMS
Dia memang ada banyak phone..alasan dia,untuk office lain,untuk korang lain,untuk business lain pulak...Satu hari,tengah dia dok kalut-kalut...tertinggal satu handphone kat umah...Yang korang pon,macam kera dapat bunga kan..Tunggu lagi tak terjah..Mesti TERJAH punya kan? yelah,nak make sure mamat tuh honest ke tak kan...Tapi ada jugak pompuan yang tega cakap "Aku takkan check hp laki aku,sebab aku percayakan dia 100%"..Aku nak dia ada privacy..Hamboi cik kak..Meh sini nak cakap...Takda maknanya percaya 100%...Never trsut anyone 100%..sapa ponlah..Kalau ikut haku punya cogankata..ialah "trust No One'..cheh,cilok dari citer X-Files padahal :P

Ok,sambung..Dalam sms tu tulis segala mak nenek,sayang la,cinta lah,darling la,rindu lah..Hadoi...Padahal kat korang,sikit punya kemut dia nak ucap kata-kata chenta..Kalau suruh dia ambikkan air pon,dia kata "Pegila ambik sendiri,awak takda tangan ke" Memang siottttt kan...Tapi,dengan aweks..bulan bintang dia nak serah...Mengong!

Reaction:

a.Forward SMS tu kat phone korang,sebagai bukti..kotla lepas nie dia delete at least ko boleh tunjukkan bukti ko pulak kan...

b.Call dia la la tu jugak,suruh dia balik asap sebab tak sabar nak bersemuka.

c.Call no pompuan tu and tanya dia apa hubungan dia dengan BF ke laki korang then bagitau yang korang ni bini dia...


Sebenarnya menda-menda kat atas dah pernah terjadi dekat sekeliling haku..Memang pedih dengar diorang nie cerita bila kena two-timed..Sakit hati weh...Mula lah rasa bodoh,rasa low sangat..Apalah salah aku..Aku ni tak cukup kiut ke?Hidung aku senget ke? Keje aku tak cukup best ker?


Sebelum korang nak menyeksa diri korang lagu tuh,meh aku cakap.lelaki nie kadang takde bersebab pon dia main kayu 8....Bukan 3 aja,8 teruss aku kasik...Sebab dia memang susah nak cukup dengan 1..Sebab tu dia boleh kahwin 4..So,kalau korang berada dalam situasi kat atas tuh..bawak-bawaklah bersabar..Sebab bukan something wrong dengan korang..But dengan dia kot..sebab tak pandai appreciate awek or bini sebaik korang..kan?
Aku mestilah sokong korang..sebab aku pon pompuan..:)

Kalau korang tangkap dia curangla kan..korang nak bagi peluang kedua ke tiada maaf bagimu?Kalau korang bagi 2nd chance,,lepas tuh korang akan rasa curiga tak...Korang ada pengalaman tak..takpun orang lain punya cerita..Jomlah share...Sharing is Caring,maaaaa!


Apa-apa pon,kita sesama pompuan,try lah yer jangan kacau hak orang lain..tapi kalau dah jodoh korang..nak buat cemana kan...Siapa yang penah kena two timed nie,sabar byk2..No worries...Ok,Girl Power...Hugs n kisses..

LUPA LA,PLS VISIT KYRA's BLOG, SHE NEEDS YOUR SAY ON SOMETHING!

July 19, 2011

Finally After 7 MONTHS!!!!

assalamualaikum my dear darlings.....How's everyone holding on today?Erkk..kami tengah sengkek pasal tunggu gaji..shopping macam haper awal bulan arituh...Esprit sale 40% kan..bantai beli sampai 3 helai...ganas sungguh napsu kan:P

Ok,Before I talk,nak invite you all to Kyra's Blog la CLICK HERE-->My Fabulous Life ..She started blogging dari last year actually..But on off la...especially after her dad passed away,lagi minah tu no mood..But I think dia rasa motivated tengok I update my blog kot...I told her..when I'm gone one day,she can read back her writings and cherished all the moments we had kan..So,update la minah tu..So,enjoy her writing yer...

Actually I serba salah sebenarnya even this blog is mine...banyak menda nak kena consider before writing..Bila I tak mention pasal Kyra too much,orang cakap I tak sayang anak..Bila mentioned too much,orang mengata nak up kan anak pulak..Susah..susah...

Ok,sebenarnya I wanna tell you something...Lama dah I tak happy..The last time was 7 months ago..the night me and him go out..We had ice cream while snow falling outside our car..and the next morning..we was gone..FOREVER....That was the last time I was happy..inside out...Then after that,semuanya macam happy outside kat luar jer kot..inside memang zero..


UNTIL








YESTERDAY!




After 7 months not being happy,semalam saya happy...



WHY IS THAT?






SEBAB DIA



:








:









:











:













:










:







































BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MAMA DENGAN ABAH

She made me happy and proud yesterday...Nak tau citer tak..kenapa?


Actually this year was a year yang paling mencabar for both of us..especially Kyra...Dia traumatised sebab she was there when her dad took his last breath...depan mata dia...After everything settled..dengan burial semua..We didnt go anywhere..stayed in house for 2 months tau..Then sambung lagi cuti..uruskan semua benda...cars,house,bills...semua...

 Now its July kan..But Kyra baru go to school betul-betul dalam 3 bulan aja..She missed school banyak gila...And I didn't bother masa awal-awal tuh because I was busy dealing with my grief and pain..Then bila I dah ok sikit,baru I hantar dia school..And it was hard on her sebab gila banyak tinggal..memang dia tak tau apa..Then I worked like mad,balik 9pm semua..lagilah dia terabai..kan..

Sampaila I made a decission to quit and worked part time..so that I could be with her...so,malam memang duduk dengan dia,coach dia..Hakulah cikgu maths,cikgu science,ustazah mengaji..and cikgu piano..All in one...Then kena deal dengan her emotions lagi...memang tak stabil..She could just cry kalau nampak keychain SABAH..kenapa?Sebab bila buah S,nampak ABAH kan?Memang payah sangat!!!

She had her exam 2 weeks ago..memang I was stressed..4 bulan wei tinggal..semua macam baru aja..sakit jiwa nak catch up dengan dia....geram dengan diri haku pon ada jugak...Then memang no expectationla kan..Kira macam budak baru la masuk sekolah..Walaupun dalam hati,mak mana tak nak anak dia berjaya kan..But tak nak stresskan dia,sebab dia dah cukup stress dengan kehilangan her father..


Then yesterday..dia balik school,muka happy gila,terus hug me.."Mama...I got No.9!!!"..Ha,I cakap..out of how many? "Out of 36....And she was in the smartest class in the whole 4th grade..Gila tak? I was happy macam nak menangis...She was in top 10 and she said everybody clapped masa dengar teacher announce her nam..Sebab dia budak baru kan..Even kawan-kawan baik dia dapat no 20++..


Alhamdulillah..thank you Allah....for your blessings..I felt so happy..after 7 months..Lama tu wei tak happy..I wished he could be here and tengok Kyra..and be proud.:)

July 18, 2011

Siapa nak Chantek??????

Salam Monday everyone...Korang mesti tak hilang penat from weekends kan..I pulak belum ada time nak pi tengok The newest Harry Potter movie..padahal peminat tegar dari the 1st series..Busy gila..Busy beli barang,busy layan Kyra,busy lepak dengan member...Owh-owh,weekends tuh banyak duit melayang..tukar new style pulak rambut but still maintain the length sebab He didn't like me to cut my hair..Still feel macam dia around..gila kan :P Kyra pulak siap buat fringe bagai..habes duit haku..lalalalalala

Semua suka nak cantik kan...Owh..owh,I ada nak share petua senang gila nak dapat stunning lips! But..tunggu di akhir siaran yer...Balik pada radiant and fresh skin,Sometimes its not about what we used sangat tau..though it contributes..but to make sure our skin looked radiant and fresh...we must:-
 

1.Drink Enough H2O....Air putih daaaaaaaaaaa....8 glasses per day okay..Kalau tak dehydrate and kulit nampak kusam....


2.Get enough sleep...Kang tidur tak cukup,selain masalah ting-tong,your eyes akan nampak bengkak,and you will look tired and old dari usia sebenar..Kalau rasa mata tuh dah takleh diselamatkan,pegi la carik eye gel ke eye cream ke haper..My friend kata Artistry punya eye gel very good..So,boleh cuba..:)


3.Apply sunblock...Nie penting..UV rays tu bahaya..boleh rosakkan kulit..gelapkan kulit and buat muka kita jadi kusam and uneven complexion...So,sila lah pakai sunblock..ada ke orang yang nak gelap? So,act now..A must have in your handbag...


4.Moisturiser Cream...Ha,yang nie sangatlah penting..dulu kan..I benci tau pelembap..malas nak pakai..buat muka jadi sticky and oily aja..But then bila lama-lama tak pakai,I noticed my face macam kurang elasticity plus sangat dry...So,bila I found La Mer,I fell in love instantly sebab dia tak melekit langsut..absorb terus dalam skin macam magic..:) Kena pakai tau pelembap..pakaila before you apply your make up..


5.Cold Water...Ha,yang nie petua haku pandai-pandai sendiri..I washed my face with Ice water or Cold Water...Nie actually petua si Cheryl Cole..Haku tiru..lalalalala...tapi itulah,I think my skin looked better lepas amalkan petua nie..rasanya dah 1 tahun kot buat gitu..sekarang tak pernah cuci muka dengan air panas or suam...:)


Ok,Siapa nak bibir cantik?????????????????? And tak nak spend?haku tau korang memang kemut and agaks cheap-skate kan...gurau je tu..jangan sentaps kay...Ok,cari menda nie sekarang...as in now:-








:







:









:












:









:



















GINGER JER PONNNN! Dalam fridge melambak kan..tapi kalau kau tak masak,memang nan hado la dalam fridge tu.......

Apa nak buat dengan ginger tuh?Senang aja...Potong-potong...kemam dalam mulut macam ubat sakit tekak...:P..hahahaha,siott jek kan.....tak delah...


 Potong halia..tumbuk,perah airnya..hampas dia tuh gosok-gosok kat bibir..buatlah hari-hari..nanti hasilnya?


:





:







:









:




Bibir merah semula jadi...Cun kan? Try lah..Happy Monday gorgeous!



STOPPPPPPPPPPPP! Nie Tuan Belog nak iklan sat!




I'm ready to go out..dengan moisturiser dengan sunblock bagai..:P



CAK!


FOLLOW ME ON TWITTER KAY..SEARCH MEENYUSUF..Jom la bertweet-tweet Bird!You Follow,I follow you back LORRRRR